Ali rahimallah membahagikan taqwa kepada dua, iaitu;
1. Taqwa Zahir seperti solat, puasa, zakat dan haji.
2. Taqwa Batin seperti ikhlas dan ihsan.
Orang yang melakukan amal Taqwa Zahir tanpa ada Taqwa Batin maka sia-sialah amalannya walaupun dia tetap wajib untuk mengamalkannya. Ini bererti taqwa adalah merupakan Rukun Ihsan yang pertama.
Seterusnya kita membicarakan tentang Rukun Ihsan yang kedua merujuk pada mafhum ayat Al-Quran di bawah ini;
"... Dan 'bertaqwalah' kepada Allah, dan hanya kepada Allah sajalah orang-orang mukmin itu harus 'bertawakkal'." (QS. Al Maidah : 11)
Firman Allah ini menjelaskan bahawa sesudah seseorang itu bertaqwa, Allah memerintah melakukan tahap lanjutan Ihsan iaitu tawakal. Perhatikan kalimah 'bertaqwalah' dan bersambung pula dengan kalimah 'bertawakkal'. Jelasnya, bahawa tawakal menjadi Rukun Ihsan yang kedua.
Apakah masih ada Rukun Ihsan selanjutnya ? Iblis memang pernah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan seluruh umat manusia, tetapi Iblis La’natullah sendiri yang menyatakan bahawa ia tidak mampu menyesatkan orang-orang yang "mukhlisina lahuddin." Suatu penjelasan dari Allah SWT bahawa tingkat Mukhlis adalah maqam amal tertinggi di sisi Allah dan ia merupakan Rukun Ihsan yang ketiga.
KESIMPULAN :
Sebagai kesimpulannya bahawa Rukun Ihsan ada tiga perkara, yang pertama taqwa, yang kedua tawa kal dan yang ketiga ikhlas. Mengapa Allah dan Rasul-Nya dalam urusan Ihsan tidak menjelaskan secara terperinci sebagaimana dijelaskannya tentang Rukun Islam dan Rukun Iman, itu ketentuan atau ketetapan Allah yang hanya Dialah sahaja Yang Maha Mengetahui asbabnya.
Wallahu a'lam - Cuit-cuit sikit Ust Kay.
1 comment:
wr795 louis vuitton outlet ae411
Post a Comment