Penutup Kursus Haji bersama Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Pondok Sungai Durian, Kelantan. Abu Anas Madani
http://www.abuanasmadani.com
Syawal, Zulkaedah dan 10 terawal Zulhijjah.
Al-Hajj wa das..
Al-Haj orang yang mengerjakan haji.
Das adalah petugas-petugas.
Zah adalah Haji yang riak dan tidak ikhlas.
Riak adalah amalan hati. Hendakkan orang puji dan tidak larang untuk panggil.
Al-Haj ashurun makluma...
Buku "Makkah Al-Mukarramah" karangan Dr Abdul Basit Abdul Rahman.
Al-Haj 22:27
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
Haji Afa manfaat dunia dan manfaat ulhrawi bila dikatakan oleh Allah pada hari Arafah yang bermaksud "Allah telah memberikan mengampunkan dosa orang yang mengerjakan haji"
330 minit (5.5 jam sahaja) di bumi Arafah. Apakah yang dapat kita kumpul. Sebut nama Allah Zikrullah pada masa tersebut.
Haji Mabrur. Haji yang ada padanya dua perkara.
1.Mengerjakan semua amal kebajikan.
A. Buat baik kepada orang. Baik akhlaknya. Muka senyum cakap manis.
-Banyak beri makan kepada orang. Tolong dalam urusan memberi makan.
-Sifat warak dan menjaga adab.
Sifat lemah lembut.
-Bawa bekalan banyak untuk kawan
-Bergurau dengan tidak memudaratkan dan menceriakan suasana.
-Ibrahim Al-Adham. Beri makan walaupun dalam berpuasa. Abdul Mubarak.
-Jaga barang sendiri dan angkat beg sendiri, juga tolong orang lain.
B. Berikan ketaatan kepada Allah.
Khatam Quran, solat sunat 12 rakaat satu hari satu malam, tahajjud, dhuha, zikir mathurat. Selepas subuh masih menunggu di Masjidil haram sampai naik matahari, solat sunat dua rakaat.
Waktu Arafah.
Waktu wukuf 12:00 hingga 17:30
30 minit pertama: doa untuk diri sendiri. Mengharapkan keampunan, Istiqamah.
30 minit kedua: doa untuk pasangan iaitu suami/isteri.
Doa kepada Ibu/Bapa
Doa kepada setiap anak.
Lailahaillallah... Doa Nabi di padang Arafah.
Munajat kepada Allah.
2.Meninggalkan dosa dan maksiat. Perbuatan yang tidak baik.
A. Tidak menyakiti orang lain
B. Tidak membuat benda khurafat kepada Allah SWT.
Haji mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah iaitu syurga balasan nya.
Sebelum menunaikan haji.
1.Niat semata-mata kerana Allah
2.Wang perbelanjaan yang halal.
3.Melakukan ibadat dengan sempurna
Semasa menunaikan haji
1.Menyempurnakan segala rukun dan wajib haji
2.Membayar segala jenis dam yang dikenakan
3.Tidak melakukan perkara larangan ihram
Selepas menunaikan haji
1.Menjauhkan diri dari dosa dan perkara mungkar
2.Membanyakkan amal soleh untuk meningkatkan iman dan ketakwaan
3.Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna dari segi akhlak dan melakukan secara berterusan.
1.Niat yang ikhlas
2.Taubat dari segala dosa dan kezaliman
3.Selesaikan hak-hak Allah
4.Selesaikan hak-hak Manusia
5.Mencari Keredhaan
6.Memperbaiki diri
7.Punca perbelanjaan yang halal
8.Mencari rakan dan teman
9.Mempelajari cara mengerjakan haji dan umrah
10.Berdoa dan bertawakal kepada Allah
Doa supaya sihat tubuh badan dan dapat menyelesaikan segala ibadat kita. Semoga mudah
Talbiah adalah supaya kita tidak menysyirikkan diri kepada Allah. Tidak membuat benda yang khurafat kepada Allah.
No comments:
Post a Comment