Supaya Allah SWT ampunkan dosa kita dengan berkat kita berkumpul di majlis ilmu di rumah Allah.
Al-Hajj 22:78
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَٰذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
Muslim adalah Allah SWT sendiri yang letak. Kerana ianya pemberian dari Allah SWT maka kita kena jaga dan ikut sungguh-sungguh dan meninggalkan larangan juga sungguh-sungguh.
Dalam hadis kudsi Allah berfirman yang bermaksud: "Aku bersaksi di atas diri aku sendiri bahawa tiada tuhan melainkan aku. Jangan sekali-kali kami menyekutukan aku. Syirik kepada aku setelah mengucap dua kalimat syahadah. Solat... Aku mengutuskan Muhammad sebagai Rasul. Tidak bersyukur dengan nikmat yang aku kurniakan... Tidak sabar dengan bala, redha dan bersyukur dengan apa yang ditentukan. Maka sembahlah tuhan selain dari aku.
Luqman nul hakim menasihati anak nya supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Perbuatan syirik akan melibatkan kezaliman kita kepada diri kita sendiri dan tidak diampun oleh Allah.
Dalam surah An-Nisa' yang bermaksud "Allah takkan ampun dosa syirik."
Jauhi dari perkara yang syirik.
Dalam surah An-Naml kisah Nabi Sulaiman menceritakan kehebatan manusia mengatasi jin. Assit bin Barsia.
Surah Al-Kahfi 18:110
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
Sekarang ini ramai orang didik anak jadi cerdik. Pandai tak menjamin takwa dan soleh. Anak yang soleh dan solehah akan menjamin anak jadi cerdik. Cerita Sofia dan Nur Amelina pelajar cemerlang, tapi tidak soleh.. Jadilah anak yang toleh...
Bala yang Allah tentukan kita kena sabar sebab kita tidak tahu kebaikan dari ketentuan Allah yang tersebut.
"Setiap musibah yang Allah timpakan kepada kamu adalah dengan izin Allah."
Allah telah tentukan tapi kita kena berusaha dan syukur.
Harapkan anak yang soleh untuk mendoakan kepada kita bila kita meninggalkan dunia ini. Bila anak nak kahwin, mudahkan mereka untuk berkahwin. Jangan melengahkan perkahwinan anak-anak untuk mengelakkan perzinaan.
Kisah sahabat Nabi Saat bin Muaz. Susah dapat jodoh kerana dia hodoh dan hitam, lebih hitam dari Bilal bin Rabbah. Nabi jamin untuk berkahwin dengan perempuan paling cantik
Saat syahid pada hari perkahwinan tak sempat bersama isteri. Dijamin syurga oleh Nabi.
Jangan sekali2 memayahkan perkahwinan anak2 kita.
Jangan merasa tak cukup. Kita kena banding dengan orang yang lebih rendah dari kita baru kita akan merasa cukup dengan nikmat yang Allah SWR bagi kepada kita. Tenang di dunia dan berbahagia di akhirat.
No comments:
Post a Comment