Hamba Allah yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah SWT.
Sebaik baik hati yang bersih dan lunak. Bejana-bejana adalah hati yang bersih dari kotoran, tegas dalam urusan agama dan lunak dengan pergaulan.
Hati yang sebaiknya adalah hati yang bersih dari segala kotoran, daripada perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Hati yang lunak adalah hati yang baik.
Hati yang tidak bersih adalah perasaan iri hati. Kotoran hati mewakili dalaman. Orang muslim adalah terhindar dari kotoran anggota badan kita dan juga hati kita.
Hati yang bersih adalah membenarkan apa yang dikatakan oleh Allah SWT. Melakukan amalan seperti solat, puasa dan ibadat lain yang disuruh oleh Allah SWT.
Al-Baqarah 2:260
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَىٰ قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن قَالَ بَلَىٰ وَلَٰكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِّنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا وَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Keyakinan yang sungguh kepada Allah adalah keyakinan yang benar.
Paling mulia dan berharga untuk bertemu dengan Allah SWT.
Al-Fatihah 1:6
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Ikut sungguh-sungguh yang Rasulullah SAW tunjukkan. Amalkan yang telah kita amalkan betul selagimana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Hadis...
ISLAM hadir seluruh kehidupan kita.
Berani berkata benar walaupun pahit.
Imam Syafie bercakap benar sehingga dipenjarakan.
Berkata benar walaupun kena buang kerja.
Bela agama Allah kerana Allah sendiri, nescaya bila mati akan ditempatkan bersama golongan para siddikin, Syuhada atau solehin.
Takut kepada Allah dengan mengamalkan segala yang disuruh oleh Allah SWT dan meninggalkan segala larangan.
Cuci hati dengan mengingati Allah SWT.
No comments:
Post a Comment