Fawailol musolli.
Munajat kepada Allah dengan khusyuk.
Lalai dalam solat:
1. Menangguhkan solat hingga hujung waktu. Temu janji dengan Allah 5 kali sehari semalam adakah ada temu janji yang lagi penting dari ini?
2. Ketika solat hati tidak tumpukan kepada Allah. Hati dijadikan untuk mengingati Allah sepanjang masa, ini kan pula masa perjumpaan dengan Allah. Bilangan rakaat juga terlupa.
3. Mendirikan solat dengan tidak keredhaan hati. Hanya di depan manusia sahaja solat untuk menunjuk.
4. Melakukan solat yang tidak sempurna qalbi, fikli dan qauli. Takbir tidak menyebut takbir. Tidak tamakninah.
Solatlah sebagaimana aku solat, sabda Rasulullah SAW.
Khusyuk menjadi syarat sah solat.
Khusyuk dalam solat.
1. Hati hadir dalam solat. Tidak ingat urusan dunia.
2. Memahami makna bacaan. Faham akan yang dibaca.
3. Merasai keagungan Allah SWT. Rasakan diri terlalu kerdil dihadapan Allah.
4. Merasa gerun ketika munajat
5. Ar-rajaq. Mengharap solat diterima oleh Allah SWT.
6. Perasaan malu dihadapan Allah SWT.
Kesimpulan:
1. Tunaikan solat.
2. Berusaha rasa khusyuk dalam solat.
3. Teladani sahabat Rasulullah SWT dalam ibadat solat.
No comments:
Post a Comment