Monday, May 5, 2014

Hukum Takzir

An-Nur 24:22
وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنكُمْ وَالسَّعَةِ أَن يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Jangan ungkit kesalahan dosa semasa remaja kita.

Tanda baiknya seorang muslim adalah tidak menjaga hal orang lain. tidak membuka aib orang lain dan judge syurga atau neraka.

Hukum hudud sukar dilaksanakan, alternatif nya adalah Hukum Takzir.

Hukum Qazaf

Dipetik dari web site:
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1059

 Qazaf atau menuduh orang lain berzina termasuk dalam Hukum Jenayah Islam iaitu Hudud. Antara lain yang termasuk dalam hudud  ialah Zina, mencuri, merompak, minum arak dan murtad.

PENGERTIAN QAZAF

Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang lain  yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya.Jika sekiranya ia hanya menuduh seseorang lain mencuri, minum arak, murtad, termasuk juga mencaci yang boleh menjatuhkan maruah maka ia hanya di kenakan hukuman ta'zir.

DALIL QAZAF

Firman Allah S.W.T:

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik"( Surah An-Nur:4)

SYARAT PENUDUH DAN YANG DITUDUH

Seseorang yang menuduh orang lain berzina mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:

Berakal
Baligh
Kemahuan sendiri
Tahu qazaf itu haram
Bukan ibubapa atau datuk dan ke atas kepada penuduh.
Manakala orang yang dituduh itu pula mesti juga  mempunyai syarat sebagaimana berikut:

Dikenalpasti orangnya.
Seorang yang baik dan bersih daripada perbuatan zina dan terpelihara kehormatannya  dari sebarang kejahatan.
HUKUMAN QAZAF

Hukuman qazaf ialah sebatan sebanyak 80 kali sebatan jika penuduh gagal membawa 4 orang saksi.
Jika tuduhan tersebut bukan tuduhan zina atau menafikan keturunannya maka ia hendaklah dijatuhkan hukuman ta'azir.
Jika penuduh tidak cukup syarat yang membolehkan hukuman qazaf dijalankan maka  ia boleh  dikenakan hukuman ta'azir.
Jika sekiranya tuduhan tersebut adalah liwat ( memasukan zakar kedalam dubur lelaki atau perempuan ) tanpa mendatangkan bukti yang boleh menyokong tuduhannya maka samalah seperti menuduh seorang itu melakukan zina.
BENTUK-BENTUK QAZAF

Tiga cara melakukan qazaf iaitu:

a.       Tuduhan secara terang ( Sorih)

Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tetap yang membawa makna zina dan penafian keturunan maka hukumannya adalah hukuman qazaf.

b.      Tuduhan secara kiasan (Kinayah )

Tuduhan dengan menggunakan perkataan lain tetapi boleh juga membawa kepada zina atau lainnya jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat zina.

c.       Tuduhan secara sindiran ( Ta'ridh)

Tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak jelas dan tidak tetap tetapi boleh  memberi makna yang lain daripada zina maka jika niat zina maka hukumannya adalah hukuman qazaf. Hukuman ta'azir jika tidak niat.

PENSABITAN QAZAF

Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti-bukti berikut:

a.       Penyaksian

Penyaksian 4 orang saksi yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Lelaki
Baligh
Berakal
Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil)
Islam
Keempat-empat saksi mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri
Keterangan saksi mestilah jelas
Keempat-empat saksi mestilah melihat ditempat dan masa yang sama
Pengakuan - Pengakuan sendiri dari orang yang membuat tuduhan dengan sekali pengakuan di mahkamah.
Sumpah
Jika orang yang dituduh tidak mempunyai sebarang bukti untuk menolak dan mengenepikan tuduhan dari penuduh,. Maka orang yang kena tuduh itu hendaklah meminta kepada orang yang membuat tuduhan supaya bersumpah di atas kebenaran tuduhannya.

MENOLAK DAN MENGENEPIKAN TUDUHAN QAZAF

Untuk menolak dan mengenepikan tuduhan qazaf, pihak orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu mestilah melakukan salah satu perkara-perkara berikut:

a.    Menolak dan mengenepikan dakwaan kesalahan qazaf dengan mengemukakan dan membawa saksi-saksi tanpa dibataskan kepada bilangan yang tertentu.

b.    Menegaskan bahawa orang yang dituduhnya itu mengakui kebenaran tuduhannya. Untuk membela dirinya memadai dengan mengemukakan dua orang saksi

Mengaku membuat kesalahan qazaf. Dalam kes ini, orang yang membuat tuduhan mestilah membuktikan kebenaran  tuduhan zina yang dituduhkan ke atas orang yang dituduhnya itu dengan mengemukakan 4 orang saksi mempunyai ciri seorang saksi.

Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah 
(Unit Penerangan dan Penerbitan)



No comments: