Monday, May 5, 2014

Sangka Baik kepada Allah

 Kuliah Subuh 27 April 2014 MCI BCH
Al-Baqarah 2:45
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Khusyuk adalah menetapkan mereka akan bertemu dengan Allah. Sangkaan yang boleh bawa kepada keyakinan. Sangkaan atau "dzan".

Sangkaan yang yakin adalah arah kiblat masjid ini menghala ke Kaabah. Ini adalah kerana ianya adalah kurang tepat berdasarkan kepada kompas yang digunakan adalah hampir2. Lagi jauh dari Kaabah, lagi lari sedikit darjah sudut akan menyebabkan menghala ke tempat yang lain.

Allah tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia. Hanya mata hati akan dapat dicapai oleh manusia. Yang dilihat oleh Rasulullah  SAW dan Nabi Musa AS. Tanamkan kecintaan kepada Allah supaya kita akan dapat mengenali Allah SWT. Kawal ego dengan mendengar nasihat isteri dan orang lain. Jangan sombong dengan manusia dan sombong dengan Allah SWT. Sayang kita kepada Allah SWT akan mengatasi segala kesayangan kita.

Merendah diri akan membawa kepada kejayaan. Keyakinan akan datang dengan adanya sifat mahmudah, sifat yang tak baik akan terhindar. 

Bila ada keyakinan penuh kembali kepada Allah, semua akan berperangai baik. 

No comments: