Tuesday, February 4, 2014

Sepuluh Malaikat

Ustaz Rusdi

Sepuluh malaikat yang wajib diketahui.

Malaikat Rakib dan Atid mencatat amalan kita. Bukan Rakib sebelah kanan dan Atid sebelah kiri. Rakib memantau. Atid itu yang mencatat. Atid mencatat segala perbuatan yang baik dan jahat yang dilakukan.

Ridzuan penjaga syurga
Zabaniah penjaga neraka 

Malaikat Mungkar dan Nakir menanyakan ahli kubur. Allah akan menghantar mungkar dan Nakir kepada orang yang derhaka mengikut setengah pendapat ulamak. 
"Kitab Mustika Hadis" disebut begitu. Kalau orang yang beriman akan datang Bashirun Wamubassyir. Ceria dan menceriakan. Malaikat berkenaan menyatakan "Kamu tidurlah bagai tidur pengantin".

Malaikat Hafazah. Al-Hajj pangkal ke ayat 20. "Lauanzalna.... Jika dibacakan 3x, malaikat Hafazah akan menjaga kita sebanyak 70 ribu jumlahnya.

Malaikat rahmah akan bersama kita bila kita melakukan kebaikan.

Malaikat akan mengawal rumah kita.
Selalu membaca Quran
Sentiasa dirikan solat sunat dalam rumah.
Bacalah Al-Ikhlas 3x semasa keluar dan masuk rumah. 

Doa masuk rumah baru, diajarkan oleh Rasulullah SAW. Nescaya tidak akan berlaku kecurian dan keburukan atau masalah dalam rumah sehingga kita keluar dari rumah tersebut.

Percaya kepada Rasul-Rasul. Mempercayai semua Rasul dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ajaran Nabi Muhammad sahaja yang menerima semua Rasul sementara agama Yahudi dan kristian cuma percaya kepada Nabi tertentu sahaja.

Nabi adalah orang yang terbaik dalam kaumnya kecuali Nabi Muhammad SAW adalah yang terbaik di dunia ini. Tangan Rasulullah SAW tangan yang diberkati oleh Allah SWT. Tangan yang tidak pernah melakukan dosa, tidak pernah mengecewakan kepada orang lain malah menceriakan semua orang. Rasulullah SAW sebelum dilantik menjadi Rasul digelar dengan gelaran paling tinggi Al-Amin.

Kitab "Syamaiin Muhammadiyah" menceritakan kisah akhlak Nabi. 

Definisi Nabi diajarkan oleh Allah SWT tetapi dia tiada umat contohnya Nabi Khaidir. Diceritakan dalam Al-Quran dalam surah Al-Kahfi, dimana Nabi Musa meminta supaya Allah SWT tunjukkan kepadanya orang yang paling Alim di zamannya Allah menyatakan ada Nabi Khaidir.

Nabi Isa akan kembali menjadi umat Nabi Muhammad SAW bersama dengan Iman Mahadi untuk membunuh dajjal. Imam Mahadi adalah keturunan Rasulullah SAW.

Mempercayai kitab yang dibawa oleh Rasul-Rasul. Asasnya untuk mengajak kita mentauhidkan Allah.

Doa Nak masuk rumah baru. Kalau rumah lama pun boleh. Buku oleh Dato' Harun Din Al-Hafiz juga ada terkandung doa ini. Doa ini dipetik dari hadis Nabi SAW.

Baca juga Ya Sin.

Ya Allah
Wahai tuhan ku

Aku berlindung dengan Allah daripada keburukan

Aku berlindung dengan Allah daripada makhluk hitam, ular, kala jengking dan penjahat penduduk bumi dan apa-apa yang lahir daripadanya.

Engkau ikatkan kalala jengking, tangan pencuri, jin, manusia dan segala kejahatan daripada kejahatan yang menyakitkan aku. Dan seseluruhan keluargaku.

Ashaduannamuhammadan a...

Dipetik dari Wikipedia: 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaikat

Malaikat wajib[sunting | sunting sumber]

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-
NamaArabTugas
Jibrailجبرائيل/جبريلMenyampaikan wahyu Allah.
MikailميكائيلMenyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
IsrafilإسرافيلMeniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat[1]
IzrailعزرائيلMencabut nyawa.
MunkarمنكرMenyoal mayat di dalam kubur.[2]
NakirنكيرMenyoal mayat di dalam kubur.[3]
RidhwanرضوانMenjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
MalikمالكMenjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
RaqibرقيبMencatat segala amalan baik manusia.
AtidعتيدMencatat segala perlakuan buruk manusia.

No comments: