Al-Aqraf
Alastubirobbikum... Balasyahidna
Bukankah aku tuhan kamu? Bahkan engkau tuhan kami.
Mengimbau kembali penyaksian kepada keesaan Allah SWT. Manusia perlu cari ketakwaan bukan kemaksiatan.
Kita lupa masa roh kita yang menjadikan penyaksian kepada Allah. Kerana kelalaian, kita tidak ingat janji kita kepada Allah SWT.
Jangan bersandiwara dengan Allah untuk mentaati Allah SWT. Kita berjanji untuk bertaqwa kepada Allah. Juga sebagai khalifah di atas muka bumi dengan segala peraturan yang telah ditetapkan Allah SWT kepada kita.
"Dan telah datang azab yang kami datangkan... Mereka akan berkata sebenarnya kami adalah golongan yang zalim".
Al-Qasas 28:58
وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ بَطِرَتْ مَعِيشَتَهَا فَتِلْكَ مَسَاكِنُهُمْ لَمْ تُسْكَن مِّن بَعْدِهِمْ إِلَّا قَلِيلًا وَكُنَّا نَحْنُ الْوَارِثِينَ
Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.
Umar bin Abdul Aziz pernah berkata manusia diciptakan selama-lamanya kerana manusia akan berubah alam hingga ke akhirnya samada dalam syurga atau menghuni neraka yang penuh azab.
Hidayah adalah paling penting dalam kembara di dunia ini.
Allah menyuruh kita sentiasa memohon hidayah.
Setiap hari 17x. Ihdinasssirotoustaqim. Dalam surah Al-Fatihah 1:6
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Perkara yang membatalkan amal soleh:
1.Syirik
2.Menyakiti sesama manusia
3.Meninggalkan solat lima waktu
4.Menjalankan hukuman yang lain daripada hukum Allah
5.Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat
No comments:
Post a Comment