Thursday, February 13, 2014

Cara nak berhenti Merokok

Berhenti merokok kerana takutkan Allah. Nanti Allah tanya... "Kenapa kamu kotorkan diri dengan racun-racun... Yang ada dalam rokok" Nanti aku takut tak dapat jawab. Sekarang ni pun dah tak tahu Nak jawab. Nanti akhirat lagi takut Nak jawab. 

Barangsiapa yang dapat meninggalkan yang syubhah, nescaya ia lebih dekat kepada keimanan. Merokok ni syubhah la. Lebih baik tinggalkan. Lawanlah nafsu kita, nescaya kita akan berjaya, In sya Allah. 

Lagi satu zikir kan nama Allah yang ke lima. Yaa Quddussu.. Allah yang maha suci. Dia lahirkan kita atas dunia ini suci dan kita Nak kembali kepada Nya pun suci jugalah. Zikir kan sehari 500x nescaya hati kita akan terpaut kepada yang suci, in sya Allah.

Tuesday, February 4, 2014

Kelebihan meninggal dunia hari Jumaat

Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).
Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah).
Mudahan-mudahan kita juga terpilih untuk mengakhiri nafas ini dengan pengakhiran yang terbaik.

Amin Ya Robb.

Perbuatan yang menyakitkan hati Yahudi

Malaikat mengaminkan bila dibacakan Al-Fatihah untuk mengampunkan dosa-dosa kita.

Orang Yahudi akan sakit hati bila kita:
1. Meluruskan saf
2. Beri salam
3. Mengucap Aamin dalam solat... Semasa sesudah dibacakan Al-Fatihah dalam solat berjamaah.

Ada yang membaca dua harakat atau empat rakaat. Aaaamiiiin....

Air zam-zam tidak pernah kering berkat doa Siti Hajar bila ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail ketika mencari air di tempat yang tandus lagi gersang. Hingga sekarang ini masih tidak kering dan dapat menampung 4 hingga 6 juta orang yang minum setiap hari. Bila siap renovation Masjidil Haram dijangka dapat memuatkan kira2 16 juta orang setiap hari.

Bermuafakat mengaminkan iman membaca Aamin setelah selesai membaca Fatihah khususnya di Masjid. 

Ucapan dalam syurga hanya salam, "salaman salama". Minuman dalam syurga adalah air zamzam. 

Bila Aamiin di luar solat, nescaya ianya seolah olah stem yang ditampalkan kepada surat yang hendak dihantar kepada ALLAH. Jika  tiada Amin, seolah-olah surat yang dihantar tidak berstem. 

Habib bin Salamah terkenal dengan doa yang mustajab. Seorang lagi Saad bin Abu Wakaf. Habib menyatakan hadis Umat Nabi Muhammad berkumpul dan berdoa diaminkan oleh jamaah nescaya akan makbul. Doa yang dibacakan oleh iman adalah jelas dan betul untuk diaminkan. 

Ibn Umar meriwayatkan ketika solat berjamaah, ada seorang membaca "doa iftitah". Selesai solat Rasulullah bertanya siapa yang berdoa tadi, Rasulullah bersabda baginda terkejut bila langit dibuka setelah dibaca "doa iftitah". Maka setelah itu aku tidak meninggalkan doa iftitah dalam solat.



Sepuluh Malaikat

Ustaz Rusdi

Sepuluh malaikat yang wajib diketahui.

Malaikat Rakib dan Atid mencatat amalan kita. Bukan Rakib sebelah kanan dan Atid sebelah kiri. Rakib memantau. Atid itu yang mencatat. Atid mencatat segala perbuatan yang baik dan jahat yang dilakukan.

Ridzuan penjaga syurga
Zabaniah penjaga neraka 

Malaikat Mungkar dan Nakir menanyakan ahli kubur. Allah akan menghantar mungkar dan Nakir kepada orang yang derhaka mengikut setengah pendapat ulamak. 
"Kitab Mustika Hadis" disebut begitu. Kalau orang yang beriman akan datang Bashirun Wamubassyir. Ceria dan menceriakan. Malaikat berkenaan menyatakan "Kamu tidurlah bagai tidur pengantin".

Malaikat Hafazah. Al-Hajj pangkal ke ayat 20. "Lauanzalna.... Jika dibacakan 3x, malaikat Hafazah akan menjaga kita sebanyak 70 ribu jumlahnya.

Malaikat rahmah akan bersama kita bila kita melakukan kebaikan.

Malaikat akan mengawal rumah kita.
Selalu membaca Quran
Sentiasa dirikan solat sunat dalam rumah.
Bacalah Al-Ikhlas 3x semasa keluar dan masuk rumah. 

Doa masuk rumah baru, diajarkan oleh Rasulullah SAW. Nescaya tidak akan berlaku kecurian dan keburukan atau masalah dalam rumah sehingga kita keluar dari rumah tersebut.

Percaya kepada Rasul-Rasul. Mempercayai semua Rasul dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ajaran Nabi Muhammad sahaja yang menerima semua Rasul sementara agama Yahudi dan kristian cuma percaya kepada Nabi tertentu sahaja.

Nabi adalah orang yang terbaik dalam kaumnya kecuali Nabi Muhammad SAW adalah yang terbaik di dunia ini. Tangan Rasulullah SAW tangan yang diberkati oleh Allah SWT. Tangan yang tidak pernah melakukan dosa, tidak pernah mengecewakan kepada orang lain malah menceriakan semua orang. Rasulullah SAW sebelum dilantik menjadi Rasul digelar dengan gelaran paling tinggi Al-Amin.

Kitab "Syamaiin Muhammadiyah" menceritakan kisah akhlak Nabi. 

Definisi Nabi diajarkan oleh Allah SWT tetapi dia tiada umat contohnya Nabi Khaidir. Diceritakan dalam Al-Quran dalam surah Al-Kahfi, dimana Nabi Musa meminta supaya Allah SWT tunjukkan kepadanya orang yang paling Alim di zamannya Allah menyatakan ada Nabi Khaidir.

Nabi Isa akan kembali menjadi umat Nabi Muhammad SAW bersama dengan Iman Mahadi untuk membunuh dajjal. Imam Mahadi adalah keturunan Rasulullah SAW.

Mempercayai kitab yang dibawa oleh Rasul-Rasul. Asasnya untuk mengajak kita mentauhidkan Allah.

Doa Nak masuk rumah baru. Kalau rumah lama pun boleh. Buku oleh Dato' Harun Din Al-Hafiz juga ada terkandung doa ini. Doa ini dipetik dari hadis Nabi SAW.

Baca juga Ya Sin.

Ya Allah
Wahai tuhan ku

Aku berlindung dengan Allah daripada keburukan

Aku berlindung dengan Allah daripada makhluk hitam, ular, kala jengking dan penjahat penduduk bumi dan apa-apa yang lahir daripadanya.

Engkau ikatkan kalala jengking, tangan pencuri, jin, manusia dan segala kejahatan daripada kejahatan yang menyakitkan aku. Dan seseluruhan keluargaku.

Ashaduannamuhammadan a...

Dipetik dari Wikipedia: 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaikat

Malaikat wajib[sunting | sunting sumber]

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-
NamaArabTugas
Jibrailجبرائيل/جبريلMenyampaikan wahyu Allah.
MikailميكائيلMenyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
IsrafilإسرافيلMeniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat[1]
IzrailعزرائيلMencabut nyawa.
MunkarمنكرMenyoal mayat di dalam kubur.[2]
NakirنكيرMenyoal mayat di dalam kubur.[3]
RidhwanرضوانMenjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
MalikمالكMenjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
RaqibرقيبMencatat segala amalan baik manusia.
AtidعتيدMencatat segala perlakuan buruk manusia.

Penyaksian kepada keesaan Allah SWT

Bertaqwa kepada Allah. 
Al-Aqraf
Alastubirobbikum... Balasyahidna
Bukankah aku tuhan kamu? Bahkan engkau tuhan kami.

Mengimbau kembali penyaksian kepada keesaan Allah SWT. Manusia perlu cari ketakwaan bukan kemaksiatan.

Kita lupa masa roh kita yang menjadikan penyaksian kepada Allah. Kerana kelalaian, kita tidak ingat janji kita kepada Allah SWT.

Jangan bersandiwara dengan Allah untuk mentaati Allah SWT. Kita berjanji untuk bertaqwa kepada Allah. Juga sebagai khalifah di atas muka bumi dengan segala peraturan yang telah ditetapkan Allah SWT kepada kita.

"Dan telah datang azab yang kami datangkan... Mereka akan berkata sebenarnya kami adalah golongan yang zalim".

Al-Qasas 28:58
وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ بَطِرَتْ مَعِيشَتَهَا فَتِلْكَ مَسَاكِنُهُمْ لَمْ تُسْكَن مِّن بَعْدِهِمْ إِلَّا قَلِيلًا وَكُنَّا نَحْنُ الْوَارِثِينَ
Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.

Umar bin Abdul Aziz pernah berkata manusia diciptakan selama-lamanya kerana manusia akan berubah alam hingga ke akhirnya samada dalam syurga atau menghuni neraka yang penuh azab.

Hidayah adalah paling penting dalam kembara di dunia ini.
Allah menyuruh kita sentiasa memohon hidayah.
Setiap hari 17x. Ihdinasssirotoustaqim. Dalam surah Al-Fatihah 1:6
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Perkara yang membatalkan amal soleh:
1.Syirik
2.Menyakiti sesama manusia
3.Meninggalkan solat lima waktu
4.Menjalankan hukuman yang lain daripada hukum Allah
5.Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat

Monday, February 3, 2014

Kawan Office kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah...

Siti Khairulnadzrah

My blogs

Blogs I follow

About me

GenderFemale
IndustryEngineering
LocationPuchong, Selangor, Malaysia
IntroductionAku milik Allah. KepadaNYA jualah tempat aku kembali
Interestsmencari dan terus mencari dalam menuju ke jalan Allah swt...