Wednesday, August 14, 2013

Cara Mati Tok Kenali

Cara mati Tok Kenali

Jika kita mati (sudah mati), apa lagi yang hendak dinafikan?. Yang hendak dinafikan itu, bilamana kita sangka kita hidup. Jika kita mati (mati sebelum mati), apa lagi yang hendak kita nafi, apa lagi yang hendak kita serah dan apa lagi yang hendak kita kembalikan?. Itu makanya Tok Kenali tak mengajar ilmu nafi tetapi Tok Kenali mengajar ilmu mati “matikan diri kamu sebelum kamu mati”.
Maksud mati disini, bukan bererti nak serah diri kepada Allah dan bukan bererti nak serah anggota tujuh kepada Allah. Allah tak perlu kepada tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan Allah tidak perlu kepada tubuh badan kita!. Allah tidak sedikitpun mengambil faedah diatas anggota kita!. Sekalipun kita serah diri zahir dan serah diri batin kita kepada Allah, Allah tak nak!. Sebab apa Allah tak nak anggota tubuh badan kita dan sebab apa Allah tak nak isi seluruh alam, sebabnya adalah kerana kerajaan Allah itu, sudah sedia luas, sedia perkasa, sedia cukup, sedia genap dan sudah sedia besar yang tidak perlu kepada anggota tubuh badan kita.

Jika Allah masih berhajat kepada anggota tubuh dan berhajat kepada makhluk, bererti Allah itu lemah!. Allah itu, sifatNya tidak megambil faedah atas hamba makhlukNya!. Kalau makhluk serahkan seisi alam kepada Nya, tidak akan bertambah kerajaan Allah dan sekiranya tidak dikebalikan seisi alam kepada Allah ,tidak sedikitpun berkurang kerajaan Allah!. Jadi apa yang hendak dinafi atau apakah yang hendak dikembalikan?. 

Bagaimana mungkin kita boleh serah diri dan serah anggota tujuh kita kepada Allah, sedangkan anggota tujuh kita (diri kita) itu atau seisi maklhluk alam itu,  adalah sememangnya hak milik kekal bagi Allah!. Jika kita nak serah diri kita dan nak serah alam makhluk kepada Allah, bererti diri kita itu pada asalnya adalah milik kita dan alam makhluk itu, adalah milik kita, sedangkan segala makhluk termasuk diri kita, sebenar-benarnya adalah milik Allah dan bukannya milik kita.  Jika sekiranya segala-gala itu milik Allah, buat apa lagi nak kita kembalikan kepada Allah, kerana sememangnya hak Allah. Apa ada kena mengena hak Allah dengan kita, sehingga nak megembalikan hak Allah kepada Allah?. Segala hak itu, adalah milik Allah, apabila segala-galanya milik Allah, kenapa sehingga sampai kepada tahap nak menyerah!. Seumpama tubuh kita, adakah tangan kita, kita nak serah kepada kita dan apakah mulut kita, kita nak serah kepada diri kita sendiri.

Jika kita hendak menyerah atau hendak megembalikan sifat diri dan sifat wujud alam kepada Allah, bererti diri kita itu pada asalnya adalah menjadi milik kita, lalu kita nak serah kembali kepada Allah. 

Setahu saya yang bodoh ini, Allah tidak pernah berjanji untuk serahkan segala sifat untuk kita!.Jika Allah tidak pernah menyerahkan milikNya kepada kita, bagaimana mungkin kita boleh mengaku yang jasad dan tubuh badan kita itu hak kita, sehinggga sampai kepada tahap nak serah diri supaya kembali kepada Allah?. Sedangkan Allah tidak pernah perjanji untuk menyerahkannya!.

Segala sifat (tubuh jasad kita), segala afaal (tingkah laku kita), segala asma (nama-nama yang kita panggil) dan segala zat  (roh) itu, adalah sesungguhnya hak milik Allah, bukannya hak milik kita. Jika ianya menjadi hak milik Allah, kenapa nak dikembalikan diri kita kepada Allah, sedangkan segala sifat itu, sememanngnya sudah menjadi milikNya?.

Tok Kenali tak ajar suruh menyerah diri. Tok kenali ajar suruh mati sebelum mati. Hak Allah tak perlu dikembalikan kepada Allah.. Itulah makanya Tok Kenali ajar kita mengenal diri. Orang yang mengenal diri itu, adalah orang yang sudah tidak lagi terllihat adanya diri. Sifat ada atau sifat wujud itu, adalah sifat bagi Allahh. Sifat bagi kita makhluk adalah berllawanan dengan sifat Allah. Jika Allah bersifat wujud (ada), bererti kita makhluk manusia itu, adalah bersifat tidak wujud (tidak ada).  BILA MANA KITA BERSIFAT TIDAK ADA, APA LAGI YANG HENDAK DISERAH?.

Dipetik dari website: http://makrifattokkenali.com

No comments: