Thursday, June 28, 2018

Doa Sambutan Raya


DOA Trisystems Hari Raya 2018

بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم

Assalamualaikum warah matullah….

Kita mulai majlis kita dengan Ummulkitab Al-Fatihah. 


بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم


الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Pujian kepada Allah dan rasulullah
Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Penguasa seluruh ‘alam, sebagaimana selayaknya Engkau dipuji.

Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim Yaa Maliq, Yaa Quddus Yaa Salam Yaa Mukminu Yaa Muhaiminu Yaa Aziz Yaa Jabbar,
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari yang mulia, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu di atas kurniaan rezekiMu yang tidak ternilai dan merealisasikan Sambutan Hari Raya pada tahun ini 2018

Yaa Mutakabbiru Yaa Khaliqu Yaa Bariuu Yaa Musyawwiru, Yaa Ghaffar Yaa Qahar Yaa Wahab Yaa Razaq Yaa Fatah Yaa Alim
Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pada kali ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.

Yaa Qabith Yaa Basith Yaa Khafidh Yaa Rafiuu, Yaa Muizzu Yaa Muzillu Yaa Samiq Yaa Basir Yaa Hakam Yaa Adlu, 
dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia dan barakah ini kami lahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Yaa Latiff Yaa Khabir Yaa Halim Yaa Azim, Yaa Ghaffur Yaa Syaqur Yaa Aliyy Yaa Kabir Yaa Hafiz Yaa Muqit, 
kami juga memohon restu dan rahmat-Mu sempena majlis ini, Engkau memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat menabur bakti dan jasa kepada agama, bangsa dan negara kami yang tercinta ini.

Yaa Hasib Yaa Jalil Yaa Karim Yaa Raqib, Yaa Mujib Yaa Wasiq Yaa Hakim Yaa Wadud Yaa Majid Yaa Baitzs,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menyambut dan menunjukkan rasa syukur dan cinta kepadaMu Ya Allah. Kami menyambut rasa kesyukuran ini dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dengan penuh taqwa dan tawaddu’ kepada-Mu. Menyemai rasa kekitaan, merapatkan ukhwah yang sedia terjalin dan bermaaf-maafan sempena bulan Syawal yang mulia ini.

Yaa Syahid Yaa Haqqu Yaa Wakil Yaa Qawiy, Yaa Matin Yaa Wali Yaa Hamid Yaa Muhsi Yaa Mubdiuu Yaa Muid,
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya RezekiMu lagi dan berkatilah keluarga Kami amnya dan warga Trisystems khasnya, semoga kita dapat mengadakan lagi majlis-majlis perhimpunan seperti ini. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dikalangan kami. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu, sinarilah hati2 kami dengan rasa keinginan untuk berbakti dan menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada yang lebih memerlukan. Semoga dengannya kami mudah menerima hidayah dan keampunan daripadaMu ya Allah.

Yaa Muhyi Yaa Mumid Yaa Hayyu Yaa Qayyum, Yaa Wajid Yaa Majid Yaa Wahid Yaa Somad Yaa Qadir Yaa Muktadir,, kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.

Yaa Muqadim Yaa Muakhir Yaa Awal Yaa Akhir, Yaa Zahir Yaa Batiin Yaa Waaliyy Yaa Mutaali Yaa Barr Yaa Tawwab,
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur kepada nikmatMu samada nikmat yang sedikit ataupun yang melimpah ruah kepada kami. Berilah nikmat kepada kami di dunia dan setelah kami meninggalkan dunia ini.

Yaa Muntaqim Yaa Afuuu Yaa Rauf Yaa Malikul mulki, Yaa Dzuljalal liwalikram Yaa Muksitu Yaa Jamiq Yaa Ghaniyy Yaa Mughniy,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab di dunia dan diakhirat serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat, syarikat dan negara.

Yaa Maniq Yaa Dharr Yaa Nafiq Yaa Nur, Yaa Hadi Yaa Badiq Yaa Bqi Yaa Warits Yaa Rasyid Yaa Sabur,, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, maka terimalah dan perkenankanlah doa kami ini berkat nama-nama-Mu yang Agung (Asma Ul-Husna) samada kami mengetahui atau tidak kami ketahui.

 رَبَّنَا اتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. امِيْنَ يَا رَبَّ اْلعلَمِيْنَ.