Monday, May 5, 2014

Bertaqwa melalui solat

Bertaqwa melalui solat
Fawailol musolli.

Munajat kepada Allah dengan khusyuk.

Lalai dalam solat:
1. Menangguhkan solat hingga hujung waktu. Temu janji dengan Allah 5 kali sehari semalam adakah ada temu janji yang lagi penting dari ini? 
2. Ketika solat hati tidak tumpukan kepada Allah. Hati dijadikan untuk mengingati Allah sepanjang masa, ini kan pula masa perjumpaan dengan Allah. Bilangan rakaat juga terlupa.
3. Mendirikan solat dengan tidak keredhaan hati. Hanya di depan manusia sahaja solat untuk menunjuk.
4. Melakukan solat yang tidak sempurna qalbi, fikli dan qauli. Takbir tidak menyebut takbir. Tidak tamakninah.

Solatlah sebagaimana aku solat, sabda Rasulullah SAW.

Khusyuk menjadi syarat sah solat.

Khusyuk dalam solat.
1. Hati hadir dalam solat. Tidak ingat urusan dunia.
2. Memahami makna bacaan. Faham akan yang dibaca.
3. Merasai keagungan Allah SWT. Rasakan diri terlalu kerdil dihadapan Allah.
4. Merasa gerun ketika munajat
5. Ar-rajaq. Mengharap solat diterima oleh Allah SWT.
6. Perasaan malu dihadapan Allah SWT.

Kesimpulan:
1. Tunaikan solat.
2. Berusaha rasa khusyuk dalam solat.
3. Teladani sahabat Rasulullah SWT dalam ibadat solat.

Taraffuh vs Itlaf

Taraffuh - kesalahan dalam masa lupa tak binasa dan tak perlu bayar dam
Syarat terlupa kena tinggalkan kesalahan. Tak boleh pakai tutup kepala, pakaian berjahit dan bercantum/bersarung. Perempuan tidak boleh tutup muka.
Tidak sengaja tidak kena dam.

Itlaf - binasa dan kena bayar dam. Perbuatan sengaja dilakukan yang kena bayar dam. Kesalahan melakukan perkara yang dilarang, menceroboh alam sekitar seperti berburu binatang tanah haram/halal dan mencabut pokok di tanah haram. Menaikkan syahwat dan bersetubuh. Meninggalkan wajib haji dan wajib umrah.
Kena dam tapi tidak berdosa.

Bayaran Haji

Bayaran Haji RM9,980 pertama kali
RM16,155 pernah menunaikan haji

Daftar haji RM1,300

Kursus intensif haji.
Terpilih untuk kursus ini. Satu hari sahaja.

Kalau tak lulus kena hadir kursus khas haji KKH
Tak lulus 39% ke bawah atau saat akhir dapat pergi haji.

Kursus Perdana Haji (KPH)
Simulasi Haji

Buku rekod kesihatan
Anti Meningitis kena ambil kerana tidak boleh masuk lansung ke tanah suci kalau takde suntikan ini. 
ACYW 135
Buku rekod rawatan jemaah haji

Seasonal influenza optional untuk diambil.

Amalkan selawat yang Rasulullah ajarkan supaya dapat cepat pergi haji.

Duit 300-1000 Saudi Riyal

Duit Dam SR395

Qurban SR450
Dam
Tawaf, saie, melontar SR400 setiap satu jika uzur syarie.
Tawaf, saie upah orang tolak kita. Melontar tidak perlu ditolak, cuma perlu upah.
Melontar upah

Surat untuk ubatan yang dibawa dari doktor.

Bawa barang2 yang sesuai.

4 jam check in

Haji di Malaysia dahulu sebelum mengerjakan haji. Haji di Mekah dan Madinah adalah endorsement dari Allah supaya kita dapat menjadi tetamu Allah dan Rumah Allah menjadi tujuan kita.

Cakap benda yang baik atau berdiam diri

Beriman kepada Allah dan hari akhirat amalan yang baik, muliakan jiran, muliakan tetamu.

Perawi-perawi hadis. Iman Muslim dari gurunya Harmalah bin Yahya bin Abdullah bin Harmalah. Murid kepada iman Syafie. Syafie meninggal tahun 4-5 Hijrah. Hadis dari Ibn Wahab diambil semua kecuali 2 atau tiga hadis sahaja yang tidak diambilnya. Ibn Wahab lebih mengetahui hari kiamat dari orang yang meninggal dunia kerana sedih bila diceritakan tentang hari akhirat dan sampai kembali ke rahmatullah. Berjaga malam @ berjihad di jalan Allah 1/3, 1/3 mengajar. 1/3 mengerjakan haji sebanyak 36 kali. Ibn Wahab suka menghukum diri sendiri dalam bab mengumpat. Dia akan menghukum diri berpuasa sebagai tebusan mengumpat. Dia akan sedekah sebanyak 1 dirham.
Abdullah bin Wahab.

Hukum diri kita bila buat dosa, solat sunat dua rakaat sebagai tebusan kesalahan. Atau solat witir 5 rakaat.

Imam Ahmad menyatakan Yunus ada catat semua apa yang dikatakan oleh Ibn Syiham Az-Zuhri (Muhammad bin Muslim). Makmar lebih banyak hafal hadis. Az-Zuhri banyak belajar dari Abu Anas. Al-Lais ramai anak murid tapi tak aktif, sebab itu tiada mazhab nya.

Abdullah bin Amru mencatat semua hadis Nabi. Abu ghurairah banyak menghafal.

Imam Bukhari sangat respect kepada Ali bin Almali kerana dia dapat huraikan segala sanad hadis. Az-Zuhri imam yang paling fakih. Imam Tarmizi anak murid yang terhebat iman Nawawi. 

Belajar adab lebih diutamakan. Az-Zuhri mentakrifkan erti zuhud. Dapat benda yang baik bersyukur, dapat benda yang haram berdukacita. 

"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dia akan Ucapkan benda yang baik atau berdiam diri."

Permulaan dan pengakhiran adalah hari akhirat. Persediaan dalam hari akhirat adalah keimanan keseluruhannya beriman kepada Rasul, malaikat, syurga-neraka, qada' dan Qadar.

Siapa yang mendiamkan diri sekurang2 ada dua. Usmu' . Uskut. Assumtu dan Assukut. Assukut berdiam diri walaupun dia mampu bercakap. Assmuntu termasuk orang yang tidak mampu bercakap.
Semua kena diam termasuk cakap, bahasa isyarat, jeling, taip sms, Twitter, instagram dsb.

Assumtu cakap benda yang baik dan diam bercakap benda yang buruk.

Ustaz Yahya Othman, murabbi mendidik. Datuk ustaz Yahya Othman adalah tokoh dakwah yang disegani dan pemimpin parti PAS dari Machang, Kelantan. PAS menobatkan beliau sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman.

Beliau bekas setiausaha pertama Majlis Syura Ulama PAS dan menjadi AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat; YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun.

Minta pertolongan dengan Allah

Al-Baqarah 2:45
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Al-Maarij 70:19-21
إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;

Solatuddaimun.. Solat yang Istiqamah.

Al-Muzzamil dan Al-Mudassir yang menyuruh Rasulullah SAW dan kita semua solat malam kerana ianya mengandungi keutamaan.

Musibah kecil yang Allah SAW timpakan ada hikmah kepada orang yang sabar. Orang yang sabar akan memperolehi nikmat Allah yang tidak terhingga sebagai balasan kepada kita. Hanya Allah yang menurunkan ketenangan dalam hati orang yang beriman dan sabar.

Rububiah

1.Rububiah. Segalanya dari Allah SWT.

2.Uluhiah. Perbuatan mencari keredhaan Allah SWT. Solat.
Hati dan amalan.

3.Asma'. Nama-nama Allah terkandung di dalam Al-Quran.

4.Sifat

Perhatikan dalam ayat kursi:
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Sabbahalillah himafissama...

Beriman mengesakan Allah SWT. Kalau tak ikut perintah syaitan maksudnya ikut syaitan kerana setiap kejahatan adalah daripada syaitan. 

Tunaikan amanah.

Kesempurnaan.

ISLAM adalah jalan penyelesaian.

Sifat kemuliaan adalah dengar dan taat.

Taqwa. Dengar dan taat pada hati dan perbuatan. Bagaimana Nak capai Taqwa.

Apa yang menyebabkan orang yang beriman Ada takwa dan ehsan. Dengar dan taat. Imam pada sifat.
Dan Ehsan.

Makrifat dengan ilmu. Kaedah adalah tarikat. Syariat adalah Islam.

Sempurnakan jalan yang hakiki yang dikehendaki oleh fitrah Allah Taala. 

Tauhid dan ehsan.

Tasawuf.

Mengiakan hadis Nabi 

Iman, Ehsan, Islam adalah tiga dasar yang ditanya oleh malaikat jibril kepada Rasulullah SAW.

Akal membenarkan apa yang dibawa oleh ISLAM.

Samikna waatokna.

Takwa?

Ali rahimallah membahagikan taqwa kepada dua, iaitu;
1. Taqwa Zahir seperti solat, puasa, zakat dan haji.
2. Taqwa Batin seperti ikhlas dan ihsan.

Orang yang melakukan amal Taqwa Zahir tanpa ada Taqwa Batin maka sia-sialah amalannya walaupun dia tetap wajib untuk mengamalkannya. Ini bererti taqwa adalah merupakan Rukun Ihsan yang pertama.

Seterusnya kita membicarakan tentang Rukun Ihsan yang kedua merujuk pada mafhum ayat Al-Quran di bawah ini;
"... Dan 'bertaqwalah' kepada Allah, dan hanya kepada Allah sajalah orang-orang mukmin itu harus 'bertawakkal'." (QS. Al Maidah : 11)

Firman Allah ini menjelaskan bahawa sesudah seseorang itu bertaqwa, Allah memerintah melakukan tahap lanjutan Ihsan iaitu tawakal. Perhatikan kalimah 'bertaqwalah' dan bersambung pula dengan kalimah 'bertawakkal'. Jelasnya, bahawa tawakal menjadi Rukun Ihsan yang kedua.

Apakah masih ada Rukun Ihsan selanjutnya ? Iblis memang pernah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan seluruh umat manusia, tetapi Iblis La’natullah sendiri yang menyatakan bahawa ia tidak mampu menyesatkan orang-orang yang "mukhlisina lahuddin." Suatu penjelasan dari Allah SWT bahawa tingkat Mukhlis adalah maqam amal tertinggi di sisi Allah dan ia merupakan Rukun Ihsan yang ketiga.

KESIMPULAN :
Sebagai kesimpulannya bahawa Rukun Ihsan ada tiga perkara, yang pertama taqwa, yang kedua tawa kal dan yang ketiga ikhlas. Mengapa Allah dan Rasul-Nya dalam urusan Ihsan tidak menjelaskan secara terperinci sebagaimana dijelaskannya tentang Rukun Islam dan Rukun Iman, itu ketentuan atau ketetapan Allah yang hanya Dialah sahaja Yang Maha Mengetahui asbabnya.
Wallahu a'lam - Cuit-cuit sikit Ust Kay.