Thursday, August 25, 2016

Khasiat Ubi Gadong

Sumber:
https://ubigadong.blogspot.my



Ini adalah gambar pokok ubi Gadong



ini adalah ubinya...penuh dengan rambut....penuh dengan racun...

Dengan Izin ALLAH, ubi gadong yang juga mampu membesarkan buah dada. 

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, melalui kajian yang dijalankan UniSZA, ubi gadong bukan sahaja sesuai dijadikan makanan, malah berpotensi besar dalam bidang ubat-ubatan. 

Menurutnya, ubi gadong atau saintifiknya Discorea Hispida yang merupakan makanan tradisional masyarakat Terengganu akan menjalani kajian selama dua tahun melalui Fakulti Pertanian dan Bioteknologi UniSZA. 

“Kerajaan Negeri bersetuju membiayai kos bagi menghasilkan kajian secara berperingkat..kita serah kepada UniSZA, kalau ada penemuan baru, mungkin kita akan tambah peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri dan UniSZA di Wisma Darul Iman, semalam. 

Kajian terhadap ubi tersebut menunjukkan bahawa ia mempunyai steroid tinggi iaitu penghasilan penting dalam ubat-ubatan dan hormon yang bergabung dengan gula dikenal sebagai saponin yang boleh menghalang pengetulan platelet dalam darah. 

Kandungannya turut dikenal pasti mampu menghalang penyakit darah membeku, boleh dijadikan pil pencegah kehamilan, hormon seks dan bahan kortison, selain ekstraknya dikatakan boleh membunuh siput.

Ubi gadong turut ditanam di 150 buah negara di seluruh dunia, termasuk Mexico yang menjalankan penanaman tersebut secara komersial, selain digunakan untuk membasuh bulu biri-biri sebelum dijadikan pakaian atau barangan perhiasan bagi membunuh kutu dan serangga. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang penyelidikan dijalankan, ubi gadong akan diambil dari hutan memandangkan belum ada penanaman secara sistematik dilaksanakan. 

“Dari segi pasaran tiada masalah kerana hasil kajian ini pasti akan dijual. Kajian berapa lama, kita serah kepada UniSZA untuk tentukan,” katanya.

Utk Makluman pihak UniSZA sedang berusaha utk membuat penanaman secara kormesial akan datang...atau mungkin dah start....

ALLAH Taala telah letak racun pada ubi ini....racun ini bukanlah berita buruk utk kita...malah racun ini dapat dibersihkan...dan racun ini dapat digunakan untuk tujuan perubatan dan sbagainya..

proses pembasuhan yang betul perlulah dilakukan...pihak UniSZA telah berusaha utk membuat mesin yang mampu membasuh ubi tersebut dalam masa yang lebih singkat...berbanding secara tradisional perlu ambil masa hampir satu minggu.

Ubi gadong perlu direndam didalam sungai yg mengalir utk beberapa hari.