Monday, June 9, 2014

10 Perkara Lagho

Kuliah Maghrib oleh ustaz Nizam.
Hadis Kudsi:
Jika kamu rasa hati jadi keras, badan lemah, rezeki berkurang. Ketahuilah sesungguhnya kamu berkata benda yang tidak memberi erti kepada kamu.

Ibrahim Idham berkata: punca hati menjadi keras, Kamu menyatakan syurga itu benar tapi kamu tidak mencari syurga. Kamu tahu neraka adalah benar, tapi kamu tidak berusaha menjauhinya.

Waktu makan mesti dijaga, jangan makan selepas 9 malam supaya badan tidak lemah.

Rezeki berkurang kerana kita merasakan rezeki dan harta milik kita. Sebenarnya harta adalah milik Allah. Hanya kita adalah rezeki.

Kata yang tidak memberi manfaat. Sufian As-Sauri adalah ulamak hadis. Kitab Fathul Bari dikarang olehnya. 17 Jilid cetakan Beirut. 15 Jilid cetakan Arab.
600,000 buah hadis dihafal kemudian baru ditulis dalam kitabnya itu. Mengikut Sufian As-Sauri, ada 10 perkara lagho:

1. Bila dia berdoa hanya untuk dirinya sendiri tidak kepada ibu bapanya, anak-anak dan seluruh orang Islam (muslimin dan muslimat).

2. Seseorang yang membaca Al-Quran tapi tidak mengikut tertib, maka dia tidak mendapat sebarang pahala.
Sufian As Sauri menyatakan orang itu zalim jika tidak membaca Al-Quran 100 ayat.

3. Seseorang yang masuk kedalam masjid tetapi tidak mendirikan solat Tahiyyatul Masjid.

4. Seseorang yang musafir pada hari Jumaat dan keluar dari bandar tanpa mengerjakan solat Jumaat.

5. Seseorang yang melewati tanah perkuburan dan tidak mengucap salam dan dia kepada arwah2 dalam kubur tersebut.
"Assalam mualaikum ya ahladiar... Minalmukminin wal mukminat..."
السلام عليكم يا اهل الديار من الموءمنين و المسلمين و إن إنشا الله تعالى بكم لا حقون نسأل الله لنا ولكم العافية
Maksudnya: “Mudah-mudahan Allah limpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian, wahai penghuni kampung-kampung dari kalangan mukminin dan muslimin, dan sesungguhnya kami, Insya Allah, akan bertemu kamu, kami memohon kepada Allah ‘afiat untuk kami dan untuk kamu sekalian.”

6. Seseorang lelaki atau wanita tidak mengambil kesempatan belajar daripada ulama' bila ulama' tersebut datang di tempatnya. 
Imam Malik setiap malam mimpi bertemu Rasulullah SAW. Menuduh berzina kena ada empat orang saksi dengan ada lapan mata. Jika tidak ada empat saksi, kena sebat 80 sebatan untuk mengajar. 

7. Seseorang berkawan tapi tidak mengenali sahabat berkenaan. Nabi bersabda supaya berkawan dengan orang dan mengetahui sebagaimana seorang suami mengenali isteri.

8. Seseorang yang menjemput orang datang rumah tapi tidak melayan tetamu. Memuliakan tetamu adalah sunnah Nabi dan wajib hukumnya.

9. Seseorang memiliki jiran, dia dalam kekenyangan sedangkan jiran kelaparan. 9 hak jiran...

10. Seorang remaja, zaman remaja dihabiskan begitu sahaja tanpa belajar ilmu yang bermanfaat.

Ubat lagho...

Benda kena kalut buat, segerakan:
1. Jamu tetamu datang rumah
2. Uruskan jenazah
3. Kahwinkan anak perempuan kita
4. Bayar hutang
5. Istighfar mohon ampun kepada Allah

Anas bin Malik menyatakan Rasulullah SAW meriwayatkan ada 7 perkara jika dilakukan dapat ganjaran bila meninggal:
1. Bila mendirikan masjid, selagi digunakan dapat pahala
2. Orang yang mengalirkan air sungai, selagi ada air digunakan
3. Seseorang yang menulis mashaf Al-Quran, selagi orang baca dia akan dapat pahala
4. Orang yang mengali perigi, selagi ada orang guna akan dapat pahala
Bir ali bermaksud telaga Ali.
5. Seorang yang menanam tanaman, selama mana tanaman itu dapat dimanfaatkan oleh haiwan atau manusia.
6. Orang yang mengajar, selagi ilmu yang diajarkan dapat dimanfaatkan.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh dan solehah. Iaitu anak yang dapat mendoakan, beristighfar dan belajar/mengajar Al-Quran untuk ibu- bapa yang dah meninggalkan dunia.

SPM paling penting iaitu Sijil Padang Mahsyar, catatan amalan yang diterima dengan tangan kanan.

Peristiwa yang berlaku pada bulan Syaaban adalah peralihan qiblat. Perbanyakkan puasa dan menggantikan puasa yang luput. Banyakkan Istighfar dalam bulan Syaaban.

Subuh dan asar adalah masa yang afdhal untuk istighfar kerana pada masa itu adalah peralihan shift malaikat.